Setel: Petrol, Parkir, eWallet untuk Android

Setel: Petrol, Parkir, eWallet untuk Android

Setel
Unduh Gratis
Bagikan
5,0 (1)

Deskripsi

Sertai jutaan pengguna Setel yang berpuas hati dan alami kecanggihan dunia permotoran.

Sama ada petrol, parkir, insurans atau takaful kenderaan, cukai jalan, pengecasan EV, bantuan auto 24/7, beli-belah di kedai atau dalam talian, semuanya ada dalam 1 aplikasi — menemani anda di jalan raya.

Muat turun dan mula hari ini.

Apa yang menarik tentang Setel:
• Bayar secara mudah dengan hanya sekali sentuh di aplikasi anda. Kumpul sehingga 3x mata Mesra dan dapatkan sehingga 10% rebat dengan kad kredit petrol terpilih. Mudah membuat tuntutan dengan memuat turun e-Resit dan ringkasan penyata bulanan.
• Aktifkan bayaran parkir automatik untuk masuk dan keluar segera, dikendalikan melalui imbasan nombor plat segera di Suria KLCC, Alamanda Shopping Centre, KL Convention Centre dan 12 lokasi lain. Nikmati kemudahan bayaran parkir jalanan bagi kawasan jagaan 16 pihak majlis di Selangor, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan & lain-lain.
• Bertenang di jalan raya & dilindungi dengan pembelian takaful atau insurans kenderaan. Baharui cukai jalan anda pada bila-bila masa & akses bantuan auto 24/7 di mana saja untuk pelbagai perkhidmatan termasuk tukar bateri kereta atau tayar, hidupkan kereta, kereta tunda, petrol kecemasan & membuka kenderaan sewaktu kecemasan.
• Terokai dan bayar dengan mudah untuk pengecasan EV di lebih dari separuh stesen cas di Malaysia, dikuasakan oleh Gentari, chargEV, JomCharge, dan ChargeN’Go.
• Bayar untuk keperluan harian anda di lebih 1.6 juta kedai seperti Kedai Mesra, KK Mart, MyNEWS, CU Mart, MYDIN, Lotus’s, Village Grocer, Billion, Econsave, PLUS R&R, OldTown White Coffee, Secret Recipe, Marrybrown, Tealive, Chatime, Inside Scoop, Café Mesra, Bake With Yen, Al-Ikhsan Sports, Switch & banyak lagi. Beli barangan asli PETRONAS dalam talian & bayar dengan mudah melalui Setel di Kedai PETRONAS. Anda juga boleh bayar dalam talian di Samsung, redBus & laman web lain.

Jangan terlepas promosi eksklusif tempoh terhad:
• Kumpul sehingga 3x mata Mesra untuk pembelian petrol dari kenderaan anda.
• Kumpul 3x mata Mesra dengan membeli di Kedai Mesra atau membuat pesanan dari kenderaan anda melalui Deliver2Me.
• Tebus mata Mesra menjadi pulangan tunai untuk petrol percuma, parkir & lain-lain.
• Dapatkan sehingga RM300 pulangan tunai untuk setiap pembelian insurans atau takaful kenderaan.
• Mohon kad kredit petrol dan terima sehingga RM240 pulangan tunai.
• Terima RM20 pulangan tunai untuk penukaran bateri kereta.
• Terima RM350 pulangan tunai apabila anda menjual kereta.
• Terima RM450 pulangan tunai apabila anda membeli kereta.
Tertakluk terma dan syarat. Untuk lebih info tentang promosi Setel, kunjungi setel.com/promotions

Mengapa keluarga dan perniagaan sukakan Setel:
• Urusan perbelanjaan ahli keluarga jadi lebih mudah dengan Dompet Keluarga. Kongsikan Dompet Setel atau kad bank anda untuk membayar petrol, parkir & lain-lain bagi 5 ahli keluarga. Pantau perbelanjaan setiap ahli keluarga anda & kumpul setiap mata Mesra yang diperoleh ke dalam akaun anda.
• Sama ada urusan perbelanjaan petrol untuk perniagaan korporat anda atau sebagai manfaat syarikat, anda boleh selaraskan pembayaran melalui aplikasi Setel. Caj terus ke akaun syarikat anda tanpa kad korporat fizikal, kini mudah dengan penyelesaian isian petrol korporat digital pertama di Malaysia oleh Setel dengan kerjasama PETRONAS SmartPay. Pantau dan uruskan kad-kad, transaksi & penyata korporat anda dengan mudah—semuanya melalui aplikasi Setel.

Ikuti trend TikTok kami di tiktok.com/@setel
Ikuti perkongsian X kami di x.com/setel
Ikuti reels Instagram kami di instagram.com/setel
Like Facebook kami di facebook.com/setel

Ada soalan? Lawati help.setel.com

Informasi Tambahan

  • Lisensi Gratis
  • Versi 1.147.2
  • Diupdate 3 Mei 2024
  • OS Android 5.0 dan yang lebih tinggi
  • Kategori Peta & Navigasi
  • Pengembang Setel
  • Rating Konten 3+

Peringkat Aplikasi

5,0
1 Penilaian
Nilai aplikasi ini