My Astro untuk Android

My Astro untuk Android

Astro Malaysia Holdings Berhad
Unduh Gratis
Bagikan
5,0 (1)

Deskripsi

Nak bayar bil, tebus ganjaran eksklusif, atau perlukan bantuan pada bila-bila masa? Semuanya boleh dan lebih mudah dengan aplikasi My Astro baharu!

Dengan aplikasi My Astro baharu, anda boleh dapatkan:

1) Akses Mudah Bantuan Ejen: Perlukan bantuan atau ada soalan mengenai Astro? Jangan risau! Ejen WhatsApp Live kami sedia menjawab pertanyaan dan membantu anda. Segalanya di hujung jari anda!

2) Ganjaran Eksklusif: Mahukan ganjaran yang terbaik di Malaysia? Astro Rewards ada semuanya! Tebus tawaran-tawaran hebat seperti kerusi urut, peralatan dapur, TV LED, tablet, sound bar dan banyak lagi, khas untuk anda! Bukan itu sahaja, anda juga boleh menebus pelbagai baucar diskaun untuk barangan-barangan hebat! Anda mesti suka!

3) Upgrade Serta-merta: Anda juga boleh uruskan akaun Astro anda dengan lebih mudah. Naik-taraf pakej Astro anda dengan menambah pelbagai saluran yang hebat seperti Sports, Kids atau aplikasi Netflix, Disney+ Hotstar, HBO GO dan banyak lagi. Mahu membeli filem-filem seperti Infeksi Zombie dan Stand By Me Doraemon 2 di Astro First, selain filem-filem hebat di Astro Best seperti The Croods: A New Age, Those Who Wish Me Dead serta pelbagai filem-filem blokbuster yang lain? Semuanya boleh dilakukan di sini!

4) Pembayaran Bil: Dengan hanya satu klik, anda boleh membuat pembayaran bil dari mana-mana sahaja. Sangat mudah!

5) Kandungan Terhangat: Anda tidak akan lagi terlepas untuk mengetahui perkembangan terkini hiburan-hiburan terhangat termasuk Maharaja Lawak Mega 2021, Sepahtu Reunion 2021 dan Gegar Vaganza Musim ke-7 dan banyak lagi! Bukan itu sahaja, informasi terbaru untuk program-program seperti Projek Anchor SPM di Astro Original, perlawanan sukan yang mendebarkan seperti EPL, LaLiga dan Bundesliga semuanya di hujung jari anda. Mahukan perkembangan terbaru untuk berita, dokumentari mahupun program-program hiburan kanak-kanak seperti Didi & Friends, Omar & Hana dan Upin & Ipin? Semuanya ada di aplikasi My Astro Baharu!

Semuanya menjadi lebih mudah dengan aplikasi My Astro baharu anda.
Untuk maklumat lanjut, sila layari www.astro.com.my

Informasi Tambahan

Peringkat Aplikasi

5,0
1 Penilaian
Nilai aplikasi ini