Mudah.my: Jual dan Beli untuk Android

Mudah.my: Jual dan Beli untuk Android

mudah.my
Unduh Gratis
Bagikan
5,0 (1)

Deskripsi

Mudah.my adalah aplikasi kegemaran rakyat Malaysia bukan sahaja untuk menjual barangan terpakai, malah anda juga boleh mencari serta membeli barangan yang anda gemari. Dapatkan tawaran terbaik pada harga yang berpatutan dari lebih daripada 1.6 juta barangan setiap hari.

Anda boleh menemui hampir segala barangan: telefon bimbit dan gajet, komputer, kasut, jam tangan dan aksesori fesyen, peti sejuk, sofa, motosikal, barangan koleksi dan mainan, tiket konsert, penginapan percutian, kereta baru dan kereta terpakai, bilik untuk disewa, rumah untuk dijual, dan pekerjaan.

Mudah.my sentiasa bersama anda, di setiap peringkat dalam hidup anda. Apabila anda berada di sekolah dan mencari beg baru. Apabila anda lulus dari kolej dan mencari pekerjaan. Mencari bilik di bandar baru. Menjual gitar dan buku teks yang anda suka. Merancang percutian. Pergi ke konsert DJ kegemaran. Menjual basikal dan cari hobi baru. Membeli kereta pertama anda. Menghubungkan anda dengan orang yang anda sayangi. Dapat bayi baru lahir dan belajar bagaimana menjadi ibu bapa yang baik. Menaiktaraf rumah. Perkhidmatan kenderaan, membuat reka bentuk dalaman rumah anda. Dan banyak lagi.

Dengan peningkatan ciri-ciri baru, anda boleh log masuk dan berbual dengan penjual dan pembeli dengan lancar. Manfaatkan penapis 1 klik, simpan carian iklan anda, atau kongsi pautan iklan kepada rakan dan keluarga anda melalui WhatsApp, Facebook, Twitter, SMS, e-mel dan banyak lagi.

Ciri log masuk juga menyediakan anda dengan papan pemuka profil, di mana anda boleh meletakkan gambar profil anda dan memaparkan iklan-iklan yang telah anda senaraikan dalam Mudah.my.

Tawaran di Mudah.my tidak terhad hanya pada 11.11, Black Friday, Cyber ​​Monday, 12.12, Krismas, atau Tahun Baru. 365 hari dan 24/7 tawaran hebat di hujung jari anda.

Muat turun hari ini, ia PERCUMA!

Nota Penting Mengenai Kebenaran Akses

Sila ambil perhatian bahawa aplikasi Mudah.my memerlukan akses kepada perkhidmatan berikut untuk beroperasi dengan betul:
* AKSES UNTUK STORAGE LUARAN: Memuat naik / menyimpan foto dari / ke storan luaran anda
* KAMERA: Ambil gambar dari apa yang anda ingin iklankan
* AKAUN: Benarkan perkongsian item dengan rakan-rakan anda di Facebook dan media sosial lain yang ada pada peranti anda

Informasi Tambahan

  • Lisensi Gratis
  • Versi 19.1.0
  • Diupdate 8 April 2024
  • OS Android 7.0 dan yang lebih tinggi
  • Kategori Belanja
  • Pengembang mudah.my
  • Rating Konten 12+

Peringkat Aplikasi

5,0
1 Penilaian
Nilai aplikasi ini